Cara Mendaftar Online Customer Service (OCS)




Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar dengan Online Customer Service Celcom (OCS).

1. Layari http://www.celcom.com.my/onlinecustomerservice atau klik di SINI.

2. Pada ID Type:, pilih New IC sekiranya anda mahu mendaftar sebagai individu. Jika ingin mendaftar sebagai sebuah syarikat, pilih Business Registration Number. Jika anda adalah seorang askar atau polis, pilih Army/Police No. Jika anda bukan seorang warganegara Malaysia, sila pilih Passport No.

3. Dalam ruang kotak untuk ID No:, isikan nombor siri yang anda pilih di ID Type: tadi. Jika tadi anda memilih New IC, maka masukkan nombor IC anda di dalam kotak ID No:, contoh: 840314075088 (masukkan tanpa simbol sengkang/dash). 

4. Pada Mobile No:, masukkan nombor telefon Starter Kit Sim Pek Broadband SKMM anda. Contoh: 01590821234.

5. Dalam ruang Email Address:, masukkan alamat email anda.

6. Klik pada I agree to the Terms & Conditions.

7. Kemudian klik butang Sign Up Now.

8. Satu kata laluan/password yang sementara (sah untuk tempoh 24 jam sahaja) akan dihantar ke nombor telefon Starter Kit Sim Pek Broadband SKMM anda (anda harus masukkan dulu kad sim broadband SKMM itu ke dalam telefon bimbit atau di Usb Modem, supaya anda boleh menerima sms tersebut).

9. Taipkan kata laluan sementara yang anda dapat tadi, di bahagian pengesahan. Kemudian tukarkannya dengan kata laluan yang baru.

10. Anda akan menerima satu email pengesahan setelah pendaftaran anda berjaya. Login ID anda ialah nombor telefon Starter Kit Sim Pek Broadband SKMM anda. Contoh: 01590821234.


Apakah Kelebihan Online Customer Service (OCS)?

• Semak, cetak dan bayar bil
• Kemas kini maklumat akaun seperti alamat atau bahasa bil
• Pertukaran had kredit
• Semak nombor PIN (Personal Unblocking Pin)
• Dan banyak lagi

Daftarlah sekarang!