Cara-cara Mengaktifkan Kad Sim Broadband SKMM




Apabila anda menerima sim pek broadband SKMM anda buat kali pertama, nombor kad sim itu sudah pun didaftarkan di bawah nama anda. Anda tidak perlu lagi ke Celcom Centre untuk mendaftarkannya. Apa yang perlu anda buat ialah, cuma ikuti arahan di bawah untuk mengaktifkan broadband SKMM tersebut.

Untuk mengaktifkan kad sim broadband SKMM anda buat kali pertama, taipkan perkataan broadband activate dan hantarkan ke nombor 28882. Selepas itu anda akan menerima mesej di bawah satu demi satu.

1. Welcome to Celcom Broadband.
2. Balance 015XXXXXXXX : RM0.00, valid until (Tarikh tamat tempoh), tariff plan Data Only.
3. Layari internet sekarang! Perkhidmatan Broadband PERCUMA anda telah diaktifkan dan akan tamat selepas 30 hari.

Kini broadband SKMM anda sudah boleh digunakan. Klik pada butang Connect  di USB Modem anda (sekiranya anda menggunakan USB Modem) untuk melayari internet. 

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dengan pengaktifan kad sim broadband SKMM, sila hubungi Celcom Centre di talian 1111 (panggilan adalah percuma sekiranya anda adalah pelanggan Celcom), atau di nombor 1300 111 000 (berbayar), atau di nombor 03 3630 8888 (sekiranya anda bukan pelanggan Celcom).